Monday 29 June 2009

Sistem kapitalis di Eropah




SISTEM KAPITALIS DI EROPAH

Sistem Kapitalisme Di Eropah
Pendahuluan :
Ekonomi kapitalisme merupakan satu sistem ekonomi yang berasaskan kepada ekonomi bebas. Ini bermakna setiap individu atau mana-mana syarikat yang memiliki harta atau modal bebas menjalankan kegiatan ekonomi atau perdagangan. Matlamat utama di dalam sistem ekonomi kapitalisme ialah keuntungan yang maksima


MAKSUD;


  • Perubahan besar yang berlaku dalam sektor pertanian untuk meningkatkan hasil pengeluaran.
  • Kegiatan pertanian dan penternakan diusahakan secara besar-besaran.
  • Kaedah baru diperkenalkan seperti pengunaan mesin,baja kimia,teknik baru dalam penanaman dan penternakan.
  • Kewujudan sistem saliran yang baik .
  • Pengeluaran secara besar-besaran untuk tujuan perdagangan.

FAKTOR-FAKTOR;


a)Perubahan dalam penggunaan dan permilikan tanah

  • sebelum revolusi terdapat dua sistem permilikan tanah iaitu permilikan tanah persendirian dan tanah awam.
  • tanah awam (juga dimiliki orang perseorangan ).
  • pertambahan penduduk memerlukan hasil pertanian dipertingkatkan,tuan tanah (tanah awam) mahu memanfaatkan tanah bagi tujuan pengeluaran pertanian secara besar-besaran (ladang)
  • tuan tanah berjaya mendapat kelulusan Parlimen memagar tanah awam.ini membolehkan kawasan yang lebih luas digunakan bagi penanaman secara besar-besaran (ladang) tetapi rakyat biasa kehilangan punca rezeki.
  • terdapat pertani kecil menjadi buruh diladang dan berhijrah ke bandar menjadi buruh kilang.

b)penggunaan kaedah atau teknik saintifik

  • kaedah dan ciptaan peralatan membolehkan penanaman dilakukan secara ekfisyendan membawa kepada peningkatan hasil.
  • kaedah yang diperkenalkan ialah penanaman secara bergilir dan pengenalan tanaman baru seperti turnip dan ubi kentang.
  • peralatan yang dicipta seperti alat mengali dan menugal oleh Jethro Tull.

c)Kaedah Pemasaran Produk Pertanian Secara Lebih Meluas dan Berkesan

  • Peningkatan hasil membawa kepada lebihan untuk keperluan sendiri.Hasil yang berlebihan tersebut diperdagangkan.

REVOLUSI PERTANIAN

A)Perkembangan pertanian sebelum Revolusi Pertanian

  • pengeluran makanan secara kecil-kecilan.
  • dua sistem pemilikan tanah iaitu tanah persendirian dan tanah awam.
  • tanah persendirian adalah milik orang kaya.
  • tanah awam juga milik persendirian tetapi mengikut adat kebiasaannya rakyat boleh bercucuk tanam kecil-kecilan menternak,memburu atau memancing,amalan ini tidak dianggap salah sehinggalah zaman Revolusi Pertanian.

B)Pengenalan Akta Pemagaran Ketika Revolusi Pertanian

  • Pemagaran penting untuk tujuan pengeluaran makanan secara besar-besaran kerana pertambahan penduduk.
  • Tuan tanah ingin menjalankan pertanian secara besar-besaran termasuk mengunakan tanah awam.
  • harga gandum yang meningkat menarik minat tuan tanah membuka ladang.
  • pengenalan akta pemagaran menyediakan kawasan yang sangat luas untuk membuka ladang.
  • kesan pemagaran rakyat biasa hilang punca rezeki dan terpaksa menjadi buruh ladang dan kemudiannya ke bandar bekerja kilang ketika Revolusi Industri.

C)Kaedah dan Ciptaan Ketika Revolusi Pertanian

  • Penanaman bergilir-peladang menanam tanaman berbeza mengikut musim sepanjang tahun.ini bertujuan agar tanah dan tanaman sentiasa subur kerana setiap tanaman mengunakan nutrien tanah berbeza.maka tidak ada tanaman yang akan dibiarkan kosong.
  • tanaman baru-seperti turnip dan ubi kentang.
  • peralatan baru-seperti Jetro Tull mencipta alat pengali dan menugal untuk mempercepatkan penanaman benih.
  • pertanian komensil-kuantiti hasil dipertingkatkan dengan pengenalan baja asli yang menyuburkan tanah.Hasil pertanian untuk tujuan perdagangan.

KESAN REVOLUSI PERTANIAN

A)Pertanian sebagai punca ekonomi.

  • Wujud pertanian komersial-gandum,rye,jagung.
  • Peladang menjadi pedagag antarabansa dengan mengekspot hasil lebihan ke luar negara.
  • Revolusi pertanian menyediakan makanan kepada buruh kilang industri.
  • kemajuan perindustrian menyebabkan petani menjadi tokoh ekonomi mengantikan pengusaha ladang .

B)Kemunculan golongan buruh dan majikan.

  • Ekonomi skala besar menyebabkan munculnya golongan buruh ladang dan kilang.
  • Pengunaan mesin memerlukan kilang seperti kilang tekstil.
  • Peringkat awal Revolusi Pertanian dan Perindustrian para buruh tidak dilayan dengan baik.
  • Kemahiran mereka pula tidak diperlakan selepas penciptaan mesin baru seperti ciptaan mesin membuat stokin,pakaian yang menyebabkan penenun dan tukang jahit tradisional tidak diperlukan.
  • pekerja mahir (penenun dan tukang jahit) memprotes dan memusnahkan mesin-mesin,contohnya Pergerakan Luddite.
  • Akta Antipenggabungan diperkenalkan untuk melarang pekerja bergabung bagi mendapat gaji dan layanan baik dari majikan.
  • Larangan ini menyukarkan pekerja kerana tidak semua majikan pertimbang rasa kepada pekerja.
  • kanak-kanak berusia 10 tahun pada masa ini dieksploitasi bekerja sebagai pelombong arang batu dan di kilang tekstil.masa bekerja mereka pula lebih 10jam sehari.
  • pada masa ini amalan ekonomi bebas amat berpengaruh,bagi mereka gaji pekerja ditentukan oleh pasaran dan campur tangan kerajaan perlu dihindarkan.
  • Tetapi kemudiannya akta antipenggabungan telah dimansuhkan dan kesatuan sekerja ditubuhkan.
  • Akta baru diluluskan untuk membela nasib pekerja.

SUDUT MAKLUMAT KEPADA ANDA



Rekaan mesin dalam industri Tekstil





  • 1733-Flying Shuttle rekaan John Kay (1704-1764) telah mempercepat kerja menenun kain.Rekaan ini menyebabkan bekalan benang untuk kerja tenunan perlu dipertingkatkan.Oleh itu,mesin pemintalan berikut telah direka.




  • 1765-Spinning Jenny-Oleh James Hargreaves(1720-1778).




  • 1765-Water Frame-Oleh Sir Richard Arkwright(1732-1792).




  • 1790-Mule-Oleh Samuel Crompton(1753-1827).





Menjelang tahun 1790,dengan perantaraan mesin-mesin di atas,pengeluaran tekstil telah meningkat sepuluh kali ganda dibandingkan dengan pengeluaran pada tahun 1770.